KUISAS terima Anugerah 'IBFIM'S Islamic Finance Talent Development Champion Award

Rate this item
(0 votes)

KUISAS – Pada 9 April 2016, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah telah menerima anugerah ‘IBFIM’S Islamic Finance Talent Development Champion Award’ bagi kategori akademik 2014/2015 pada majlis ‘IBFIM 3rd CERTIFICATIONS AWARD CEREMONY’ yang telah diadakan di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian anugerah ini disampaikan oleh YABhg Tun Dato' Sri Dr Mahathir bin Mohamad kepada Rektor KUISAS Y. Bhg. Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi. Pada majlis itu juga, seramai 15 orang pensyarah KUISAS turut tersenarai sebagai penerima anugerah daripada IBFIM.

Penganugerahan ini merupakan salah satu pencapaian tertinggi yang diterima oleh KUISAS bagi memantapkan mutu pengajian selain melahirkan tenaga pengajar serta graduan yang berkaliber dan profesional. Tahniah diucapkan kepada KUISAS di atas penganugerahan ini.

Read 525 times Last modified on Thursday, 12 May 2016 01:09
Thursday, 12 May 2016 01:08 Written by  In News