Memorandum Perjanjian Kesepakatan Akademik KUISAS dan LSBM, University Of Northampton

Rate this item
(0 votes)

KUISAS – Pada 26 April 2016, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) telah memeterai satu memorandum Perjanjian Kerjasama Akademik dengan London-School Of Business & Management (LSBM) serta Universiti Northampton dalam usaha meningkat mutu pendidikan dan modal insan pelajarnya. Majlis menandatangani memorandum ini diwakili oleh Rektor KUISAS, Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi dan Pengarah London School of Business & Management, Robert Hartley sambil disaksikan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Ahli Lembaga Pengarah KUISAS, Dekan-Dekan, Pegawai-Pegawai KUISAS serta wakil London School of Business & Management di Pejabat Menteri Besar Perak.

Tujuan daripada perjanjian ini adalah memberi peluang kepada pelajar KUISAS pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan dan teknologi maklumat melanjutkan pengajian di London School of Business & Management. Selain itu London School of Business & Management juga memberi peluang kepada KUISAS dengan menawarkan program peringkat Master di London.

Menurut Rektor Kuisas Tan Sri Nordin Kardi, menerusi kerjasama ini pelajar KUISAS yang cemerlang berpeluang menjalani pembelajaran selama satu semester di London-School Of Business & Management, London. “Sekiranya pelajar dalam tempoh pengajian dengan KUISAS boleh pergi ke sana dan akan mendapat Ijazah daripada Universiti Northampton.“Jika ingin belajar selama dua semester pelajar berpeluang mendapat dua ijazah satu dari KUISAS dan satu daripada London School of business management khusus buat bagi semester tahun akhir,” katanya sejurus selepas memeterai memorandum tersebut.

Pada masa yang sama juga, Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir berkata, menerusi kerjasama ini, program pertukaran tenaga kerja akademik juga akan dibangunkan termasuk kajian bersama. “Kerjasama ini juga membolehkan KUISAS dilantik sebagai egen pengambilan pelajar. Bagaimanapun, perjanjian ini akan dinilai semula setiap tahun supaya ia selari dengan tahun pengajian akademik berikutnya.

Read 328 times
Thursday, 12 May 2016 01:10 Written by  In News